Pagi ni lebih kurang jam 10.00 pagi gua terima "sms" dari junior gua yang memaklumkan bahawa salah seorang daripada pensyarah gua di Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi UTM Skudai telah kembali ke rahmatullah secara mengejut pagi ni. Berita yang amat mengejutkan. Tapi dah jadi lumrah dah perjanjian...setiap yang hidup pasti akan mati...setiap yang hilang pasti akan berganti...
Dr. Hjh. Asiah binti Othman...Ketua Jabatan Kursus Pentadbiran dan Pembangunan Tanah masa sekarang. Seingat gua, masa gua masih di kampus dulu arwah baru ja balik dari luar negeri ambik PHD arwah. Sungguhpun begitu, gua sempat gak mendapat didikan dan bimbingan arwah. Arwah adalah merupakan penyelia kepada kajian tesis gua. Tajuk tesis gua adalah Gunapakai Zon Pemisah (Kajian Kes: Kawasan Perindustrian Tasek, Ipoh) yang lebih menjurus kepada perancangan bandar yang mana ia dekat dengan bidang arwah Dr. Asiah. Arwah adalah seorang pembimbing dan pendidik yang lemah lembut dan bila beliau menerangkan sesuatu, beliau akan menerangkannya dengan sejelas-jelasnya. Berkat bimbingan arwah, gua punyer tesis alhamdulillah dapat markah yang tinggi dan boleh lah dibanggakan. Memula gua agak blur gak dengan tajuk tesis yang gua sendiri pilih...tapi dengan bantuan arwah akhirnya gua dapat menyelesaikan dan menyiapkan kajian gua dan dapat membentangkan kepada ahli panel dengan yakin. Alhamdulillah...terima kasih Dr. Hjh. Asiah binti Othman. Jasa puan akan saya kenang sampai akhir hayat saya.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

2 comments:
Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh arwah.. Ilmu yang disampaikan oleh arwah akan terus mengalir menjadi kiriman pahala kepadanya di alam sana. Nabi SAW bersabda: apabila meninggal anak Adam itu, maka putuslah segala amalannya melainkan 3 perkara:
i) Doa anak yang soleh
ii) Ilmu yang dimanfaatkan
iii) Sedekah jariah yang berterusan.
TQ Emmy masukkanm entri ini, suatu ingatan yang mengimbau kenangan di UTM bersama arwah..
saya anak kpd dr. asiah..saya mewakili kluarga dr. asiah berterima kasih atas keprihatinan kak dan rakan2 yg lain..
Post a Comment