Tuesday, September 22, 2009

Kampung Kuala Rajang


Dah jadi kemestian bila hari raya mesti kita menziarah kubur kaum keluarga...jadi tahun ini mak gua ajak kitorang satu family balik kampung asal dia...Kampung Kuala Rajang dekat dengan Tanjung Manis...pegi menziarah kubur arwah datuk dan nenek gua, mak gua punyer parent.
Jadi, awal pagi lagi mak gua dah gerak kitorang supaya bersiap dan dengan mata yang mengantuk, gua gagahkan jugak sebab mengenangkan dah lama tak balik kampung asal mak di Kampung Kuala Rajang. Untuk sampai ke Kuala Rajang, kenalah naik bot ekspres dari Sarikei yang menuju ke Tanjung Manis. Punyer ramai manusia nak balik kampung, gua sampai terpaksa berdiri...rasa macam dalam bas kat KL pulak time peak hour orang nak balik rumah lepas kije. Dah lama sebenarnya gua tak naik bot ekspres balik ke kampung asal mak gua ni..lebih kurang 3 tahun lepas. Uihhh...lama tuh...masa tuh gua masih bertugas di Bandar Betong, Bahagian Ke11. Naik motosikal dari Betong menuju ke Sibu pegi rumah adik gua, waktu tuh mak pak gua masih duduk kat Teluk Intan aka Teluk Anson lagi. Masa Tahun Baru Cina tahun 2006. Gua baru ja bertugas di Betong selama sebulan...public holiday masa tuh sampai 4 hari...so untuk menghilangkan boring gua, gua bawak motosikal gua pecut pegi ke sibu. Dekat 7 jam jugak lah gua atas jalan..tapi masa tuh gua singgah bandar Saratok, makan...then pi rumah member kat pekan Roban sat....then terus pecut pegi Sibu. Sibu masa tuh belum ada lagi jambatan bertol...masih naik feri lagi..keta punyerlah panjang tapi dengan gahnya potong line..diaorang bukan leh marah pun gua masa tuh pasai gua naik motosikal jer....Pukul 9 pagi gua dari Betong..sampai Sibu dekat pukul 4 petang. Mak aih..sakit pinggang gua...2 hari lepas tuh pulak sepupu gua kawin dekat Kampung Kuala Rajang...so gua pun pegilah Sarikei naik bot ekspress menuju ke Tanjung Manis demi nak menghadiri kenduri kawin sepupu gua Kornilia. Kali nih dari Sibu gua naik bas ajer...tak lalu wehh nak naik motosikal 2 hari berturut-turut...time tuh lah last gua menjejakkan kaki ke Kampung Kuala Rajang dan naik bot ekspress. Gua balik hari tuh jugak. Naik bas dari Sibu pukul 6.30 pagi sampai Sarikei jam 7.30 pagi then terus gua pecut ke jeti ekspress untuk naik bot ekspress seawal yang mungkin sebab gua terpaksa balik hari yang sama.

Berbalik kepada cerita gua balik raya ke kampung Kuala Rajang semalam, kitorang naik bot ekspress ke Tanjung Manis pukul 9.00 pagi kemudian tiba di jeti Tanjung Manis jam 10.00 pagi. Setelah 1/2 jam perjalanan gua rasa boring duduk dalam bot jadi gua dengan my brother bediri kat luar bot ekspress nak tengok pemandangan sepanjang perjalanan. Banyak kilang kayu kat tepi-tepi sungai kelihatan, tak kurang jugak bot-bot nelayan & bot kayu balak di sekitar sungai yang kami lalui. Gua pernah keja dekat sebuah kilang roti kat Tanjung Manis tahun 2001 dulu. Tak gak lama gua kije situ. Lebih kurang 1 tahun ajer. Jadi gua rasa banyak perubahan dan pembangunan yang dah ada di Tanjung Manis dan jugak kawasan sekitarnya. Pengalaman gua kije kat kilang roti tuh...lain kali gua share dengan korang ok. Itu pun macam-macam pengalaman gua dapat....nak carik experience dan nak carik rezeki punyer pasal. Masa gua sampai kat jeti Tanjung Manis semalam, sempat gak gua jengok kilang roti tempat gua kije arituh. Banyak tol perubahan. Makin maju dan makin besar gua tengok kilang tuh. Alhamdullillah....perniagaan orang kita...dapat bertahan lama. Tuan punya bisnes tuh memang kuat dan nekad nak memajukan kedai dia coz dia dapat lihat yang pekan Tanjung Manis nih akan berkembang dengan pesat satu hari nanti.

Perjalanan nak ke Kampung Kuala Rajang kami teruskan dengan menaiki van...dalam masa 20 minit macam tuh dah sampai..dah ada jalan tar dan gua tengok pun dah mcm2 kemudahan ada kat sepanjang jalan menuju ke kampung. Sesampai di sana, kitorang terus singgah rumah pak sedara gua kat tepi jeti lama Kampung Kuala Rajang....Pak Su Ramli gua. Dulu nelayan ajer..kais pagi makan pagi, kais petang makan petang...anak pulak ramai (7 orang dan 6 darinya perempuan) tapi alhamdulillah...berkat kesabaran pak usu gua dan berkat doa seorang ibu dan ayah, anak-anak pak usu Ramli aka cousin-cousin gua semuanya dah dapat kehidupan yang boleh dikatakan berjaya. Ada yang jadi doktor, ada yang jadi engineer dan lain-lain lagi profesion. Dah lebih 1/2 jam gua and family rehat kat rumah pak usu, kitorang terus bergerak menuju ke kubur...jalan kaki ajer. Tak jauh pun. Dah lebih sejam di menziarah kubur, gua and family gua terus memulakan langkah menuju ke rumah sedara-mara yang dah lama tak ditemui . Macam cerita dan kisah dikongsi bersama oleh mak gua especiallynya dengan sedara mara dia...kenangan. Gitulah bila hari raya, balik kampung sekali sekala mesti ada sesi bukak cerita lama. Tak "miss" sesi tuh. Aktiviti wajib. Dah puas berjumpa kaum keluarga, kitorang berangkat balik ke Sarikei naik speed boat tumpang pak sedara gua nak balik Sarikei. Dekat 20 orang kitorang duduk dalam boat tuh...sampai jer Sarikei, kitorang singgah kejap kat umah pak sedara gua yang gua panggil Udak then terus pegi ke Cik gua nak ziarah satu-satunya datuk sebelah mak gua yang masih ada. Tak lama di sana, kitorang bergerak ke Kampung Selalang...nak beraya dengan sedara mara kat situ pulak. Kat kampung gua membesar.

Seharian beraya, malam nya pukul 9.00 malam baru kitorang sampai rumah. Wah...pengalaman beraya hari raya kedua amat best...sebab bukan selalu gua dan family dapat balik ke kampung especially Kampung Kuala Rajang dan Kampung Selalang, Sarikei. Best sangat

No comments: