MasyaAllah...lebih setahun tak update blog...almaklum sibuk sikit dengan keje. Cuma update FB je ari-ari...ari nih dah 12 Ramadan 1431H. Cepatnya masa berlalu...bulan Ogos pun dah nak sampai ke penghujungnya...dan 2011 dah mula menampakkan baunya untuk tiba...pejam celik pejam celik tahun nih hampir 5 tahun gua berkhidmat sebagai penjawat awam. Mcm2 kempen peningkatan mutu perkhidmatan dilaksanakan oleh Kerajaan...kdg2 sampai 4 jenis inisiatif kualiti yang dilaksanakan serentak...NKRA, KFA, KPI, 5S, QCC dan macam2 lagi...namun tak semua dari kita yang dapat menerima perubahan ini...tak semua yang sanggup menerima anjakan paradigma ini...bagi yang mementingkan kepuasan terhadap kerja...insyaAllah semuanya dilakukan dan dilaksanakan dengan tabah dan komited. Namun yang buat kita kadang2 lalai apabila ada di antara mereka yang tidak dapat menerima hakikat bahawa dunia sedang berubah ini menghasut rakan-rakan yang ingin berubah. Baik dengan cara menghasut secara langsung atau menghasut secara senyap...bagi yang rajin dan bekerja bersungguh-sungguh dikatanya membodek bos.....dikatakan kaki mengampu..dikatakan hanya tahu mengarah tapi tidak tau buat kerja atas alasan "junior officer"...masih baru...belum tahu cara kerja yang betul...berapa tempoh masa kerja yang mereka akan declare dah "lama"..dan bukan "masih baru"? Yang pasti gua tau kenapa mereka ini bertindak demikian...kerana mereka ini tidak dapat menerima hakikat yang latarbelakang pendidikan yang tinggi dan memegang jawatan yang mereka rasakan mereka lebih layak sandang kerana alasannya mereka dah bertugas lebih dari "30 tahun". Dan juga kerana takut gua lebih pandai dari dia...sori to say beb...memang gua pandei pun daripada lu..kalau tak..takkan gua berada di tempat gua sekarang...Terimalah hakikat...apa2pun gua akan tetap berada lebih tinggi dari lu (aduhhh...bunyi mcm riak..tapi kdgkala mereka nih perlu disedarkan dengan perbezaan yang nyata ni). Namun gua akui..tak semua staff sokongan mempunyai sikap sebegini...hanya segelintir sahaja yang tak sedar diri..namun yang segelintir ini adalah golongan yang merbahaya kerana sekiranya tidak diubati..maka jumlah mereka akan bertambah atas sebab iri hati dan dengki. Kita tak kacau dia...tapi depa dok sibuk pasal kita...ada saja yang tak kena...ahhhh...blahhhh lah dengan sikap negatif kau...yang pasti gua tahu apa yang gua lakukan adalah betul dan niat gua adalah "LillahiTaala". Lu suka gua ka, tak suka gua ka...gua peduli apa..bukan kau yang bayar gaji aku...itulah yang aku sering ingatkan pada diri..apabila di pejabat...aku elakkan berurusan dengan manusia sebegini..tunggu kau..satu hari nanti masa nya akan tetap tiba..apabila jurang antara kita jelas kelihatan...kalau tak mengenangkan pesan mak yang berbakul-bakul "kalau bercakap dengan orang tua, kena rendahkan sora walau marah manapun kita". "Kena hormat orang yang lebih tua dari kita". Kalu depa yang lebih tua dah tak tau reti nak hormat yang muda lagu mana mak? Tapi takpa...insyaAllah...gua yakin..sebab matlamat gua adalah satu...buat yang terbaik dalam tugas gua kerana itulah yang memberi kepuasan yang berganda dalam hidup gua. InsyaAllah. Bagi rakan-rakan yang sentiasa menyokong...yang bertindak menjadi pendengar setia..yang bertindak sebagai motivator...yang bertindak sebagai guru....yang sanggup berkongsi ilmu yang diperolehi sepanjang perkhidamatan (pendek kata tak kedekut ilmu) thank you guys..really appreciate it. Terima kasih banyak-banyak kengkawan...
No comments:
Post a Comment