Friday, October 23, 2009

Seminar Perihal Tanah Negeri Sarawak : Zon Tengah di Hotel RH, Sibu Sarawak



Kita selalu dengar macam-macam kisah pasal tanah...tanah liat...tanah gambut...tanah merah...dan macam2 lagik...ahaksss.....tapi Seminar Perihal Tanah nih bukannya nak cerita pasal jenis2 tanah tadi tuh...yang nak diceritakan adalah tanah dari segi pentadbirannya....Tanah NCR ker...tanah berhakmilik ker..

Baru-baru nih Jabatan mengadakan satu Seminar Perihal Tanah di Sibu dan dalam minggu depan akan diadakan lagi satu siri Seminar di Kuching dengan tajuk / kertas kerja yang sama tapi kali ini audience pulak yang lain.....terdahulu Seminar diadakan di Bandar Bintulu dan pesertanya adalah di kalangan ketua-ketua masyarakat, pegawai dari jabatan kerajaan yang berkaitan, local "YB"s....dan yang paling penting di kalangan semua yang disebut tadi...mereka ini adalah pemilik tanah....they must understand or at least diberi awareness tentang polisi tanah dan lain-lain peraturan berkaitan yang sedia ada...and also peluang dan chances untuk memajukan tanah yang dah terbukti berjaya...

Dulu masa bertugas di pejabat bahagian...gua selalu gi ke pekan-pekan kecik...tumpang bilik mesyuarat kat pejabat daerah dan kemudiannya hold a dialog and yang pasti itulah ruang untuk gua menerangkan serba sedikit polisi tanah yang sedia ada...dan dialog itulah ruang untuk pemilik-pemilik tanah atau mana-mana individu yang mempunyai kemusykilan/permasalahan berkenaan dengan tanah bertanya dan dapatkan kepastian or at least a feedback yang maybe dirasakan pada gua adalah sedikit melegakan hati mereka cos diaorang dapat jawapan kepada soalan yang selama ini diorang terkapai-kapai mencarik jawapan yang betul/tepat.

That is how we do it...terangkan polisi tanah ke peringkat akar umbi...and kitorang adalah implementor kepada polisi yang dibuat oleh policy maker dan sebaik mungkin kita cuba menerangkan polisi @ dasar tanah dalam "lay-man" language....

well guys....if you have any queries regarding land matters....just go to the nearest Land & Survey Office...get the accurate/reliable answer from us...we will explain to you as clear as we can...

yes pakcik/makcik/uncle/aunty/apai/indai...what can i do for you?...it is "AN HONOUR TO SERVE" all of you....




Friday, September 25, 2009

Al-Fatihah Buat Dr. Asiah Othman

Pagi ni lebih kurang jam 10.00 pagi gua terima "sms" dari junior gua yang memaklumkan bahawa salah seorang daripada pensyarah gua di Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi UTM Skudai telah kembali ke rahmatullah secara mengejut pagi ni. Berita yang amat mengejutkan. Tapi dah jadi lumrah dah perjanjian...setiap yang hidup pasti akan mati...setiap yang hilang pasti akan berganti...

Dr. Hjh. Asiah binti Othman...Ketua Jabatan Kursus Pentadbiran dan Pembangunan Tanah masa sekarang. Seingat gua, masa gua masih di kampus dulu arwah baru ja balik dari luar negeri ambik PHD arwah. Sungguhpun begitu, gua sempat gak mendapat didikan dan bimbingan arwah. Arwah adalah merupakan penyelia kepada kajian tesis gua. Tajuk tesis gua adalah Gunapakai Zon Pemisah (Kajian Kes: Kawasan Perindustrian Tasek, Ipoh) yang lebih menjurus kepada perancangan bandar yang mana ia dekat dengan bidang arwah Dr. Asiah. Arwah adalah seorang pembimbing dan pendidik yang lemah lembut dan bila beliau menerangkan sesuatu, beliau akan menerangkannya dengan sejelas-jelasnya. Berkat bimbingan arwah, gua punyer tesis alhamdulillah dapat markah yang tinggi dan boleh lah dibanggakan. Memula gua agak blur gak dengan tajuk tesis yang gua sendiri pilih...tapi dengan bantuan arwah akhirnya gua dapat menyelesaikan dan menyiapkan kajian gua dan dapat membentangkan kepada ahli panel dengan yakin. Alhamdulillah...terima kasih Dr. Hjh. Asiah binti Othman. Jasa puan akan saya kenang sampai akhir hayat saya.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Wednesday, September 23, 2009

Open House

Raya ketiga mak, pak dan adik gua buat rumah terbuka (pendek kata tuan punyer rumah)...memasing pakat jemput kengkawan memasing untuk datang bertandang dan beraya ke rumah makan juadah special yang disediakan..takder ler special mana pun...laksa penang, rendang ayam, nasik himpit dengan serunding ikan bilis. Gua dan brother gua tumpang gembira jer...pasai kitorang berdua boleh dikatakan takdak kawan kat Sibu nih pasal memasing bertugas kat tempat lain. Jadi bila orang datang...gua dan brother gua secara tidak langsungnya bertindak sebagai petugas di belakang tabir ajer lah... Sentiasa alert dengan permintaan dan hidangan atas meja..hari yang agak memenatkan tapi taklah sepenat bila gua prepare dokumen urgent waktu di pejabat...penat yang ini kira ok sikit pasai tenaga...penat di pejabat...penat otak cum tenaga...so lebih ler sikit semangat yang diperlukan..ahaksss....

Kalu tak salah gua...kengkawan gua exschoolmate SMK Sultan Abdullah Chenderong Balai buat Reunion kat Teluk Intan raya ke3...ada kengkawan ajak..tapi memandangkan teman dudok jauh di Sarawak ni..so tak berkesempatan lah gua nak join & jumpe kengkawan lamer...alahai..gua jugak yang telah air liur dok dengar cerita kengkawan...best nyer kalu gua dapat ikot diaorang untuk reunion...ermm...maybe tahun lain lah...insyaAllah...

Btw...raya tahun nih kira meriah lah sikit pasai ada orang datang rumah...tahun-tahun lepas...sunyi sikit pasai keliling rumah gua nih bukan melayu...so ada kurang sikit lah depa nak menziarah..tahun nih kira ok sikit..ada gak lah beberapa jiran sebelah mai datang bertandang..lepas tuh ...kengkawan dari luar pun sanggup datang ziarah..alhamdulillah...yang penting...semangat tuh ader...baik punyer...rakyat Malaysia kongsi sambut macam-macam perayaan...tak kira bangsa dan agama...yang penting kita happy....

Tuesday, September 22, 2009

Kampung Kuala Rajang


Dah jadi kemestian bila hari raya mesti kita menziarah kubur kaum keluarga...jadi tahun ini mak gua ajak kitorang satu family balik kampung asal dia...Kampung Kuala Rajang dekat dengan Tanjung Manis...pegi menziarah kubur arwah datuk dan nenek gua, mak gua punyer parent.
Jadi, awal pagi lagi mak gua dah gerak kitorang supaya bersiap dan dengan mata yang mengantuk, gua gagahkan jugak sebab mengenangkan dah lama tak balik kampung asal mak di Kampung Kuala Rajang. Untuk sampai ke Kuala Rajang, kenalah naik bot ekspres dari Sarikei yang menuju ke Tanjung Manis. Punyer ramai manusia nak balik kampung, gua sampai terpaksa berdiri...rasa macam dalam bas kat KL pulak time peak hour orang nak balik rumah lepas kije. Dah lama sebenarnya gua tak naik bot ekspres balik ke kampung asal mak gua ni..lebih kurang 3 tahun lepas. Uihhh...lama tuh...masa tuh gua masih bertugas di Bandar Betong, Bahagian Ke11. Naik motosikal dari Betong menuju ke Sibu pegi rumah adik gua, waktu tuh mak pak gua masih duduk kat Teluk Intan aka Teluk Anson lagi. Masa Tahun Baru Cina tahun 2006. Gua baru ja bertugas di Betong selama sebulan...public holiday masa tuh sampai 4 hari...so untuk menghilangkan boring gua, gua bawak motosikal gua pecut pegi ke sibu. Dekat 7 jam jugak lah gua atas jalan..tapi masa tuh gua singgah bandar Saratok, makan...then pi rumah member kat pekan Roban sat....then terus pecut pegi Sibu. Sibu masa tuh belum ada lagi jambatan bertol...masih naik feri lagi..keta punyerlah panjang tapi dengan gahnya potong line..diaorang bukan leh marah pun gua masa tuh pasai gua naik motosikal jer....Pukul 9 pagi gua dari Betong..sampai Sibu dekat pukul 4 petang. Mak aih..sakit pinggang gua...2 hari lepas tuh pulak sepupu gua kawin dekat Kampung Kuala Rajang...so gua pun pegilah Sarikei naik bot ekspress menuju ke Tanjung Manis demi nak menghadiri kenduri kawin sepupu gua Kornilia. Kali nih dari Sibu gua naik bas ajer...tak lalu wehh nak naik motosikal 2 hari berturut-turut...time tuh lah last gua menjejakkan kaki ke Kampung Kuala Rajang dan naik bot ekspress. Gua balik hari tuh jugak. Naik bas dari Sibu pukul 6.30 pagi sampai Sarikei jam 7.30 pagi then terus gua pecut ke jeti ekspress untuk naik bot ekspress seawal yang mungkin sebab gua terpaksa balik hari yang sama.

Berbalik kepada cerita gua balik raya ke kampung Kuala Rajang semalam, kitorang naik bot ekspress ke Tanjung Manis pukul 9.00 pagi kemudian tiba di jeti Tanjung Manis jam 10.00 pagi. Setelah 1/2 jam perjalanan gua rasa boring duduk dalam bot jadi gua dengan my brother bediri kat luar bot ekspress nak tengok pemandangan sepanjang perjalanan. Banyak kilang kayu kat tepi-tepi sungai kelihatan, tak kurang jugak bot-bot nelayan & bot kayu balak di sekitar sungai yang kami lalui. Gua pernah keja dekat sebuah kilang roti kat Tanjung Manis tahun 2001 dulu. Tak gak lama gua kije situ. Lebih kurang 1 tahun ajer. Jadi gua rasa banyak perubahan dan pembangunan yang dah ada di Tanjung Manis dan jugak kawasan sekitarnya. Pengalaman gua kije kat kilang roti tuh...lain kali gua share dengan korang ok. Itu pun macam-macam pengalaman gua dapat....nak carik experience dan nak carik rezeki punyer pasal. Masa gua sampai kat jeti Tanjung Manis semalam, sempat gak gua jengok kilang roti tempat gua kije arituh. Banyak tol perubahan. Makin maju dan makin besar gua tengok kilang tuh. Alhamdullillah....perniagaan orang kita...dapat bertahan lama. Tuan punya bisnes tuh memang kuat dan nekad nak memajukan kedai dia coz dia dapat lihat yang pekan Tanjung Manis nih akan berkembang dengan pesat satu hari nanti.

Perjalanan nak ke Kampung Kuala Rajang kami teruskan dengan menaiki van...dalam masa 20 minit macam tuh dah sampai..dah ada jalan tar dan gua tengok pun dah mcm2 kemudahan ada kat sepanjang jalan menuju ke kampung. Sesampai di sana, kitorang terus singgah rumah pak sedara gua kat tepi jeti lama Kampung Kuala Rajang....Pak Su Ramli gua. Dulu nelayan ajer..kais pagi makan pagi, kais petang makan petang...anak pulak ramai (7 orang dan 6 darinya perempuan) tapi alhamdulillah...berkat kesabaran pak usu gua dan berkat doa seorang ibu dan ayah, anak-anak pak usu Ramli aka cousin-cousin gua semuanya dah dapat kehidupan yang boleh dikatakan berjaya. Ada yang jadi doktor, ada yang jadi engineer dan lain-lain lagi profesion. Dah lebih 1/2 jam gua and family rehat kat rumah pak usu, kitorang terus bergerak menuju ke kubur...jalan kaki ajer. Tak jauh pun. Dah lebih sejam di menziarah kubur, gua and family gua terus memulakan langkah menuju ke rumah sedara-mara yang dah lama tak ditemui . Macam cerita dan kisah dikongsi bersama oleh mak gua especiallynya dengan sedara mara dia...kenangan. Gitulah bila hari raya, balik kampung sekali sekala mesti ada sesi bukak cerita lama. Tak "miss" sesi tuh. Aktiviti wajib. Dah puas berjumpa kaum keluarga, kitorang berangkat balik ke Sarikei naik speed boat tumpang pak sedara gua nak balik Sarikei. Dekat 20 orang kitorang duduk dalam boat tuh...sampai jer Sarikei, kitorang singgah kejap kat umah pak sedara gua yang gua panggil Udak then terus pegi ke Cik gua nak ziarah satu-satunya datuk sebelah mak gua yang masih ada. Tak lama di sana, kitorang bergerak ke Kampung Selalang...nak beraya dengan sedara mara kat situ pulak. Kat kampung gua membesar.

Seharian beraya, malam nya pukul 9.00 malam baru kitorang sampai rumah. Wah...pengalaman beraya hari raya kedua amat best...sebab bukan selalu gua dan family dapat balik ke kampung especially Kampung Kuala Rajang dan Kampung Selalang, Sarikei. Best sangat

Sunday, September 20, 2009

Hari Pertama Aidilfitri 2009

Sambutan raya tahun ni amat ringkas & kasual...yang pasti gua & family happy dan menyambut dalam keadaan yang bersederhana sahaja. Sesuai dan berpadan lah dengan saiz poket pun...keluarga kecik...sambutannya pun kecik-kecik...ukur baju di badan sendiri kata orang...

Tahun ni tahun kedua gua sambut di sarawak sahaja...selalu sebelum tahun 2007, gua mesti balik kampung gua kat Teluk Anson...tapi since mak pak gua dah pindah mai Sarawak..so gua punyer hometown pun tukar gak....bak kata orang...di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung...di mana mak pak gua tinggal, maka di situlah gua punya kampung...10 kali pak gua transfer...10 kampung lah gua ada.

Sambutan yang lepas-lepas gua mesti bebenor kata orang Peghok beli kek lapis yang macam-macam corak...macam-macam jenis ada..sampai tak menang perut lah kalu orang nak rasa kek yang gua bawak balik dari Sarawak. Namun...bila umur dah makin banyak...dah menjadi makin "matang"...gua fikir elok gua menyambut Syawal dengan ala kadar ajer...karang bebenor jer beli kek dan buat persediaan....tapi bila dah masuk 1 Syawal..sambutannya gitu jugak...raya hanya meriah untuk bebudak ajer....kita yang tua nih hanya sekadar nak cukupkan syarat sebab dah berpuasa sebulan...siap sedia duit raya dalam sampul..bukannya banyak pun...janji masuk dalam sampul hijau yang ada gambor ketupat....dalamnya duit biru ker hijau ker merah ker....tak kiralah...janji ada isi..zaman sekarang kalu dalam nyer letak duit syiling..confirm bebudak gelak sampai terguling-guling atas tanah...gelak sampai senak perut lah gua cakap lu...ahakss...kite yang menghulur sampul hijau yang ada bunyik2 syiling pun segan gak pasai bebudak sekarang nih tau beza yang mana duit kecik yang mana duit besar....

Gua ingat lagi masa gua kecik-kecik dulu..masa bulan posa kat kampung gua Kampung Selalang Sarikei...gua selalu duduk kat tepi bukit..tunggu orang pukul beduk nak bagitau yang dah sampei waktu berbuka...kalu beduk dah bunyik...gua dan kengkawan pakat lari ke umah masing-masing sambil jerit "SUNGKEI SUNGKEI..." (maksudnya BERBUKA)...ha..kira kitorang waktu tuh petugas sukarela lah...upahnya...bukak posa kat rumah masing-masing....sampai semput-semput lah kitorang...ahaksss...

Macam-macam kes yang gua alami...macam-macam pengalaman yang gua dapat...sampai bila- bila takleh lupa...macam-macam adaaaaa